Friday, August 19, 2016

Filled Under:

Araaz Network: Perbuatan si ibu bawa anak perempuan membeli belah dengan tidak berbaju mengundang kecaman

Araaz Network: Perbuatan si ibu bawa anak perempuan membeli belah dengan tidak berbaju mengundang kecaman
Perbuatan si ibu bawa anak perempuan membeli belah dengan tidak berbaju mengundang kecaman
Perbuatan si ibu bawa anak perempuan membeli belah dengan tidak berbaju mengundang kecaman | Seorang ibu tergamak membawa anak perem­puannya membeli-belah di sebuah pasar raya di China dengan keadaan kanak-kanak itu bertelanjang baru-baru ini.Mail Online yang memetik ke­nyataan People’s Daily Online me­laporkan, perbuatan si ibu itu menerima kecaman daripada orang ramai selepas gambar mereka dimuat naik ke dalam sebuah laman sosial di sini. Kejadian memalukan itu dirakam seorang individu yang terkejut dengan ‘penampilan’ kanak-kanak tersebut di Xinyang, wilayah Henan pada 13 Ogos lalu.
Individu tersebut kemudian memuat naik gambar kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua tahun itu ke dalam laman sosial Weibo. Gambar kanak-kanak perem­puan yang mengekori ibunya dengan hanya memakai selipar itu menjadi viral dalam sekelip mata apabila ditonton lebih 12.7 juta kali, sehingga mengundang kemarahan orang ramai di China. Banyak pihak menghamburkan kemarahan terhadap sikap si ibu yang tidak mempedulikan langsung penampilan anaknya itu.
“Sebagai seorang ibu kepada anak yang berusia satu tahun, agak sukar untuk saya menerima perkara ini,” kata seorang penggu­na. Seorang lagi pengguna pula berkata, insiden tersebut adalah contoh terbaik menunjukkan seorang kanak-kanak itu ‘didera’. Ada juga da­lam kalangan pengguna laman sosial yang meng­anggap perbu­atan membi­ar­kan kanak-kanak itu tanpa sebarang pakaian di tempat awam sebagai satu penghinaan. -AP
Kongsi Artikel ini di Wall facebook anda.




0 comments:

Post a Comment