Sunday, August 21, 2016

Filled Under:

Diseksa Selama 9 Jam Sebelum Meninggal Dunia Akibat Asma

Diseksa Selama 9 Jam Sebelum Meninggal Dunia Akibat Asma



KUALA LUMPUR - Mangsa culik, Noor Amila Edrus Norsyam yang diculik oleh 
suspek yang merupakan abang ipar tirinya, dilaporkan diseksa selama 9 jam
 sebelum meninggal dunia. 

Lapor China Press, mangsa telah diculik dan disembunyikan di dalam bengkel
 suspek. Kaki dan tangan mangsa diikat serta mulutnya disumbat. Mangsa
 tidak diberikan sebarang makanan mahupun minuman. Dalam keadaan
 kelaparan dan kesejukan, mangsa diserang asma meninggal dunia. 

Difahamkan, suspek telah mengakui melakukan jenayah tersebut.  

SUSPEK PENDIAM DAN KURANG BERGAUL


Lapor Free Malaysia Today, suspek disifatkan seorang yang 
pendiam dan kurang bergaul dengan orang sekeliling. 

Menurut seorang pekerja kedai car wash berhampiran bengkel
 suspek, Mat Deris, 26, berkata, suspek sering berseorangan dan tidak mempunyai pekerja lain. 

"Selalu nampak dia berseorangan sahaja. Dia buka bengkel
 hanya apabila ada pelanggan tetap yang menghubunginya untuk membaiki kereta. 

"Pada hari mangsa hilang, suspek bersama isterinya menaiki motosikal 
mencari mangsa dan sempat bertanya pada kami sama ada ternampak mangsa pada 
jam 10 malam," katanya. 

Bagaimanapun mereka terkejut apabila melihat polis menahan suspek yang merupakan
 abang ipar tiri mangsa di bengkel tersebut. 

TAK MINTA SEMUA INI TERJADI

Sementara itu, isteri suspek, Nazurah Norsham berkata, dia tidak meminta semua 
itu terjadi, malah dia sendiri terkejut dengan tindakan suaminya itu. 

"Saya tak minta ini semua terjadi. Bayangkan diri awak semua berada dalam
 situasi saya. Saya kehilangan adik, bertambah sedih bila mengetahui
 perkara ini angkara suami sendiri," katanya. 

Nazurah bagaimanapun meminta orang ramai tidak menghina dia dan anaknya

 yang tidak bersalah. 

"Dia bersalah, dia akan dihukum. Balasan dia tetap ada," katanya.




0 comments:

Post a Comment