Saturday, August 20, 2016

Filled Under:

Benarkah Kafe milik Nora Danish Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa?


Benarkah Kafe milik Nora Danish Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa?
Pelakon Nora Danish menyangkal laporan kafe miliknya Kopi & XOXO yang diusahakan bersama rakan kongsi di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang tinggi.
Nora sebaliknya berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan kerana kafe berkenaan selama ini hanya menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik sudah tidak lagi beroperasi.
Nora Danish kini sibuk menguruskan dua cawagan baharu kafe miliknya.
Nora Danish kini sibuk menguruskan dua cawagan baharu kafe miliknya.
“Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.
“Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.
“Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa,” katanya.
Jurrasic World Malay
Antara barisan pelakon yang terlibat meminjamkan suara mereka untuk filem Jurassic World versi bahasa Melayu.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan di KL Sentral di sini, Selasa.
Bagaimanapun Nora mengakui bukan mudah untuk dia melakukan proses alih suara dan mengambil masa selama dua hari menyiapkan bahagiannya yang memegang watak Claire.
“Harus saya akui melakukan proses alih suara bukan mudah dan saya mengambil masa lima jam setiap sesi selama dua hari untuk menyiapkan bahagian saya.
“Tetapi ia pengalaman baharu untuk saya kerana saya juga dapat belajar tentang lontaran vokal memandangkan suara saya yang agak halus,” ujarnya





0 comments:

Post a Comment