Suami ugut isteri mahu cari lain , kalau isteri tak kurus ! " Sedih sangat, malam ini dia cakap dia beri saya masa sampai hujung tahun saja. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari lain.."
Isteri Diberi Tempoh Sampai Hujung Tahun Sahaja, Kalau Tak Turun Berat Badan, Suami Cari Lain. Seorang isteri terpaksa melalui detik sukar dalam rumahtangga apabila dia diugut oleh suami supaya segera turunkan berat badan selewat-lewatnya hujung tahun atau dia akan kehilangan suaminya,Malam ketujuh Syawal, terasa sayunya hati. Tadi suami marah-marah, bising cakap badan saya makin naik. Gendut sangat. Tersentuh sangat hati.
Iya, memang tak dinafikan fizikal saya memang besar. Suami pula kurus. Kacaklah juga. Kalau setakat WeChat tu, saya selalu tengok ramai perempuan ‘hai’ pada dia.
Lima hari ini, saya perasan dia macam buat muka saja. Syawal tahun ini memang paling menyedihkan. Ingatkan tahun ini bahagia sangat kerana kehadiran cahaya mata, rupanya tak.
Sejak lima hari ini saya perasan dia tidur membelakangkan saya. Bila suruh peluk dan cium dia macam tak nak, tak macam selalu, tak payah suruh pun.
Rutin kami suami isteri, entahlah. Mungkin ada yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu. Atau mungkin dia ada kenal perempuan dalam WeChat yang bentuk badan cantik. Sebab itu dia desak saya.
Sedih sangat, malam ini dia cakap dia beri saya masa sampai hujung tahun saja. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari lain. Sampai hati dia, sedangkan saya terima kekurangan dia.
Sembilan tahun menyemai kasih, bercinta bagai nak rak. Memang tak dinafikan, sejak bersalin badan saya terus naik. Dalam hati nekad, kali ini saya mesti diet. Tak nak dihina sebegini rupa lagi. Sedih.
Saya cuma pandang anak saja. Entahlah. Tak tau nak cakap. Padanlah sejak kebelakangan ini asyik marah-marah saja. Rupanya tentang badan. Apa dia cakap memang betul pun, makin lama makin gendut.
Dia tak tahu, gemuk saya inilah yang akan dia rindui satu hari nanti.
Kisah ini menggambarkan kepada kita bahawa sesebuah rumahtangga yang bahagia dan harmoni bukanlah dipandang di atas keelokan fizikal semata-mata, tetapi ia diukur melalui pengorbanan dan kejujuran pasangan masing-masing, kerana akan tiba detik masa segala kecantikan akan berubah kerana ianya tidak akan kekal selamanya. Namun kasih-sayang yang sejati tetap kekal hingga ke akhir hayat. Fikir-fikirkanlah wahai suami di luar sana..
Credit: amazingnara.com
Sunday, August 21, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment