Wednesday, April 13, 2016

ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahi, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya

ALLAHUAKBAR! Wanita tua 76 tahun ini tinggal seorang diri bersama bau najlis tahinya, namun dengan kuasa Allah S.W.T tiba-tiba satu keajaiban berlaku kepadanya, lihat 2 foto seterusnya yang pasti membuatkan kamu tidak dapat berkata-kata langsung.
Ya Allah...lindungilah wanita ini. Aminnn...

Sebaik sahaja pintu pondok usang itu dibuka, rongga hidung mula dipenuhi bau najis yang memenuhi kediaman pasangan warga emas yang kelihatan tidak terurus.

“Bang..oo..bang,” panggil wanita tua itu yang menyangka suaminya telah pulang.

Lebih menyayat hati apabila wanita tua yang dikenali sebagai Samini Subryono mengikut sijil nikahnya, tidak mengetahui suaminya Ahmad Jumadi sudah seminggu meninggal dunia.

Wanita berusia 76 tahun itu kelihatan sangat uzur, tidak mampu bergerak dan matanya rabun kronik menyukarkan untuk mengecam tetamu yang datang.

Menurut Timbalan Presiden Skuad Kasih Malaysia, Khairul Khuzaini Zamsani, dia telah menemui makcik tersebut pada Jumaat lalu selepas berjumpa dengan seorang pengusaha kolam pancing yang mengatakan ada seorang makcik terbiar menumpang di rumahnya.

“Saya ikut dan saya lihat makcik itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan dipenuhi najis dan sebagainya.

“Saya menelefon pasukan saya dan esoknya kami hadir, mandikan makcik itu dan bersihkan kawasannya.

“Kita telah hubungi pihak-pihak yang berkaitan memohon untuk membantu makcik ini, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di sini.

Kata Khairul, tiada ada sesiapa yang sanggup untuk menguruskan wanita itu kerana masalah bau najis tetapi tuan tanah tetap memberi makan dan menjaganya juga.

“Makcik ini juga diberi makan dalam keadaan ala kadar dan tidak ada yang hendak uruskan kerana masalah bau najis, tiada siapa yang sanggup,” katanya.

Bagaimanapun, terdapat kesukaran daripada pihak tertentu untuk menguruskan warga emas itu kerana dia tidak mempunyai dokumen peribadi.

Menurut Khairul, hari ini pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wanita tersebut ke sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas Insyirah di Bangi.

Jelasnya, ia bagi memudahkan pihaknya menyelenggara kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Kita ada hubungan dengan Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah datang untuk buat tinjauan untuk salurkan sumbangan mana yang perlu.

“Belum ada sebarang keputusan setakat ini tetapi mereka akan bawa perkara ini ke ibu pejabat untuk diputuskan,” katanya.

Sementara itu, kata Khairul, jenazah suami wanita itu masih lagi berada di Hospital Ampuan Rahimah Klang dan tidak dapat dikebumikan meskipun sudah tujuh hari meninggal dunia disebabkan tidak mempunyai identiti pengenalan diri yang sah.

Suami makcik sudah meninggal dan pihak hospital tidak membenarkan jenazah itu dibawa keluar sehingga hari ini kecuali mempunyai dokumen atau ada waris menuntut.

“Kita sedia maklum waris tiada di sini, mereka hanya tinggal berdua,” ujarnya.

p/s: Tak tahu lah apa cerita makcik ni sekarang


PERHATIAN LELAKI! Jangan SESEKALI cabut bulu hidung anda, lihat apa terjadi kepada hidung lelaki itu.. betul-betul MENGERIKAN !!


Bulu-bulu pada badan kita kadang-kadang memang merimaskan jika dibiarkan terlalu panjang hingga berjuntai-juntai. Selain kehadiran bulu yang terlalu panjang menyebabkan gatal, ia juga akan merosakkan penampilan seseorang.

Bercerita pasal bulu, hari ini penulis ingin kongsikan bahaya mencabut bulu hidung.Mencabut bulu hidung mungkin pada anda adalah perkara biasa-biasa saja, atau mungkin sudah menjadi rutin harian anda, apa lagi kalau bulu hidung sudah mulai terkeluar dari paras normal. Malu lah kan!

Mungkin ada yang tidak tahu akan bahaya mencabut bulu hidung boleh mengundang risiko besar di masa-masa akan datang.

Bulu hidung sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.

Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).


Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.

Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.

Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.
Dikutip dari Livestrong, risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.

Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin.Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk.

Untuk bulu-bulu lain juga disarankan potong dengan gunting dan jangan sesekali mencabutnya. Semoga bermanfaat buat semua.


KANTOI !! AKHIR ZAMAN !! Perbualan Mak Dan Anak Merancang aktiviti maksiat ketika suami outstation..


Memang benar kita sudah tiba di perakhiran zaman. Seperti sebuah roda, walaupun kita hidup pada abad ke 21, pada zaman yang serba moden ini, tetapi hakikatnya akhlak kita sudah kembali ke Zaman Jahiliyyah, iaitu 1500 tahun yang lampau.
Dipetik daripada sebuah laman sosial, seorang pengguna dengan bangganya telah memuatnaik beberapa keping 'screenshot' perbualannya dengan isteri orang.
Bermula dengan pemberian salam, perbualan lucah yang menjijikkan ini, telah menjadi saksi kepada kecurangan seorang wanita yang bergelar isteri yang sedang merancang aktiviti maksiat bersama lelaki lain semasa ketiadaan suaminya pada hujung minggu nanti.
Klik Foto Untuk ZOOM 



Dipetik daripada Wikipedia, jahiliyah dari segi bahasa merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:
"Sesudah itu, patutkah mereka menghendaki hukum Jahiliyah? Dan siapakah yang boleh membuat hukum lebih baik daripada Allah bagi orang yang yakin." (Al-Maidah|5:50)
Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah, Islam).
"Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Fath|48:26)
Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman kerajaan Saba’ sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.


Rupanya beginilah 4 foto wajah sebenar artis bollywood Kajol Devgan tanpa make up yang pasti mengejutkan aktor Shah Rukh Khan.


Mari saksikan 4 foto wajah sebenar artis bollywood Kajol Devgan tanpa make up yang pasti mengejutkan Shah Rukh Khan.

Aktris cantik Kajol terlihat sedang berada di bandara internasional Mumbai dengan gaya airport fashion yang berbeda dari biasanya. Jika setelan kaos dan celana kerap menjadi item fashion pilihan para artis Bollywood kebanyakan, namun tidak bagiKajol. Istri Ajay Devgan itu tampil beda dengan 'daster' bercorak yang sederhana.

Saat itu Kajol baru saja mendarat usai bertolak dari Hyderabad untuk merampungkan jadwal syuting film terbarunya, DILWALE. Lokasi syuting tersebut adalah persinggahan ketiga Kajol dan Shahrukh Khan, setelah Bulgaria dan Islandia.

Dilansir dari Indian Express, kedatangannya di bandara sontak menjadi pemberitaan berbagai media India, terlebih dengan pilihan gayafashionnya yang simple kali ini. Lalu, seperti apa model 'daster' yang dikenakan oleh aktris MY NAME IS KHAN itu ya?

Dalam foto tersebut terlihat Kajol mengenakan outfit tanpa lengan yang benar-benar mirip dengan daster, dan dipadu dengan cardigan berwarna kuning. Parasnya tampak serius dan sedikit letih, namun tetap cantik meski pun polos tanpa menggunakan riasan wajah sama sekali.




Barang yang dibawanya pun cukup simple, yakni tas punggung yang hanya ia pakai satu selempang kanannya saja. Sementara itu di tangan kiri Kajol memegang handphone yang tersambung dengan headset di telinga kirinya. Tak lupa pula kacamata gelap, yang kerap digunakan untuk menutupi mata sayu akibat kelelahan usai melakukan perjalanan jauh.

Kajol sendiri pun kini hanya disibukkan dengan penggarapan filmDILWALE arahan sutradara Rohit Shetty dan fokus menjadi ibu dari kedua buah hatinya, Nysa dan Yug Devgan. Usai melihat gaya Kajol di bandara tersebut, bagaimana pendapatmu? Benarkah ia masih cantik?

Sumber: Kapanlagi






PELIK !! Lelaki ini berkahwin dengan gadis patung silikon kerana kecewa, lihat 10 foto hasilnya selepas 3 tahun yang sangat aneh


Bikin Muntah! Lelaki ini berkahwin dengan gadis patung silikon kerana kecewa, lihat 10 foto hasilnya selepas 3 tahun yang sangat aneh.

SEORANG jurugambar dari Jerman yang dikenali sebagai Sandra Hoyn mengejutkan ramai dengan beberapa siri foto yang berjaya mendedahkan kisah seorang lelaki yang hidup bersama patung silikon.

Apa yang menariknya, lelaki yang dikenali sebagai Dirk itu menganggap patung silikonnya adalah kekasih sehidup semati dan bukan hanya mainan seks semata-mata.

Menurut Dirk, patung yang diberi nama Jenny itu sebenarnya mempunyai emosi, boleh berkata-kata dan mendengar.

Mungkin kedengaran aneh, namun Dirk mendakwa kehadiran Jenny telah merubahhidupnya menjadi lebih bahagia dan ceria sejak empat tahun lalu.

Malah, Dirk dikatakan menjaga Jenny dengan begitu rapi seolah-olah melayan manusia sebenar seperti menyikat, memandikan, dan termasuk mengurut kaki Jenny.

Ini antara gambar yang dikongsi Sandra Hoyn mengenai kehidupan unik Dirk dan Jenny.












Gadis berhijab ini terlampau suka dan fanatik kumpulan K-Pop, namun setelah dia sambung study di Korea, apa yang ditemuinya di sana amat mengerikan


Gadis berhijab ini terlampau suka dan fanatik kumpulan K-Pop, namun setelah dia sambung study di Korea, apa yang ditemuinya di sana amat mengerikan.

Wanita Ini FANATIK K-POP Sehingga Dia Sambung Belajar Di Korea.. Apa Yang Dialaminya Sangat MENGEJUTKAN !!! | Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

“What do you like about Korea?” Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

“Oh, I really like the music. I’m a fan of Big Bang.” Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

“Really? I don’t know that. I don’t listen to the young people’s music, because I cannot understand them.” Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan ‘Korea yang sebenar’. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai ‘bitter’.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya ‘bunga’ di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat ‘dimanjakan’ oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan ‘menyebok’. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

‘Why you are praying? You are wasting your time. Don’t pray.”

“You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya).”

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

“You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don’t go home early.” Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke’hipokrit’an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik.

Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang ‘comel’ tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please… Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.
Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu’alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio. via IKRAM JOHOR.




Gadis 30 tahun ini memang digelar guru paling cantik di korea, namun jangan terkejut lihat 5 foto seterusnya apa dilakukan murid-muridnya di dalam kuliah yang sungguh tidak disangka-sangka dan begitu memeranjatkan.


Gadis 30 tahun ini digelar guru paling cantik di korea, namun cuba lihat 5 foto seterusnya apa reaksi murid-murid selepas melihat kejelitaannya di kuliah amat memeranjatkan sekali.

AMARAN: Mohon jangan tengok kalau kamu sedang makan.

Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.

Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan.

Sumber: Terkini