Sunday, May 15, 2016

Filled Under:

TERKELU TANPA KATA !! Ditanya Kenapa Lambat Guna Mesin ATM, Jawapan Wanita Ini Sungguh Menginsafkan

Balik rumah, tgk beras, minyak & sabun basuh suma dh kurang so start moto nak pegi Giant. Singgah petrol pam kat Bt Caves nak pegi ATM keluar duit. Aku masuk sekali dengan sorang akak tgh pimpin anak 2 org sama tuju pi mesin ATM
Ditanya Kenapa Lambat Guna Mesin ATM, Jawapan Wanita Ini Sungguh Menginsafkan
Masalahnya aku dok terconggok kat belakang dia ada laa 5-7minit jugak. Dlm hati dh mcm2 hamun keluar apa benda terhegeh hegeh nak pakai ATM ni. Last aku takleh tahan aku tanya
"Knapa lmbat sgt kak, org lain pun nak pakai ni...." aku ckp dgn suara tinggi laa gak sb bg aku dh tahap lembab sgt ni.
Akak tu jwp kat aku & aku terus rasa bersalah
"Sy nak keluar duit dik tapi mesin tak boleh keluar duit sepuluh. Ada duit lima puluh dgn seratus jer. Akak dh pegi 3 atm dh tapi semua sama. Kalau akak pegi mesin CIMB sebelah ni nnt potong seringgit" (muka dia betul betul berkerut sedih masa ni)
Aduhhh... then aku tanya nak keluar berapa dia ckp RM40 sb tu jer yg tinggal & cukup untuk belanja anak sekolah mggu ni dgn belanja dia sementara tggu gaji hari Khamis. Wei, ni gerenti tuhan tu nak uji aku. Smlm dia dh bagi aku untung jual mainan mcm Yahudi mabuk then aku jumpa akak ni. Aku punya rasa bersalah masa tu tak tau nak ckp mcm mana sb sound dia & pikir dia ni lembab bagai suma kejap td.
Dlm dia dok kalut tu, aku mintak dia cancel transaction tu and bg aku pakai ATM. Aku mintak acc no dia. Mula mula dia refuse tapi last last bg gak sb aku ckp nak transfer seringgit jer suh dia pakai atm CIMB kat sebelah tu. So lps settle aku kat atm tu, aku ckp akak dh boleh pakai. Aku blah cepat2 pegi kat moto. Tgh aku start moto akak tu dtg kat aku sambil mata bergenang genang ckp terima kasih siap pegang tangan aku suma. Aku jem jap ckp takpe pakai lah kak sy bg ikhlas tu then aku terus jalan. Aku takmo pikir dh mcm mcm. Aku sedekah laa sikit portion duit mainan smlm.
Bg aku, tuhan tu kalau dia nak bagi, dia terus bagi. Kalau dia taknak bagi or nak tarik balik dia terus tarik. Sampai laa ni aku menyesal sb marah marah (walaupun dlm hati) akak tu. Lain org, lain masalah. Apa yg kita boleh bantu kita bantu. Mana tau esok lusa time kita pulakkan.




0 comments:

Post a Comment