Wednesday, April 13, 2016

Filled Under:

OMG !! SETELAH 3 BULAN DITINGGALKAN, ANDA TAKKAN PERCAYA APA YANG MENGHUNI KATIL WANITA INI.. sangat MENGEJUTKAN !!

Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu? Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan?


Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.

Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami katil di dalam bilik kosongnya. Sangat mengejutkan!



Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak ditutup rapat. Anggaran kawanan tebuan itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya!

Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja selama 45 tahun. Dia turut menambah bahawa kawanan tebuan itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tebuan-tebuan tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk membesarkan lagi sarang mereka.

“Saya berdiri di situ dan berasa kagum,” kata John Birkett.

Katanya lagi, ini merupakan kawanan tebuan yang paling banyak pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut.

TAOTAUAJER :   Hai, macam-macam. Semoga kita dapat jadikan pengajaran daripada kisah ini. Selepas ini, rajin-rajinkan diri menjenguk bilik kosong di rumah anda dan jangan lupa untuk tutup tingkap dengan rapat!




0 comments:

Post a Comment