Tuesday, August 16, 2016

Gempar !!! Betul Cakap Tun M.. Lagi Pendedahan Foto Terbaru Altantuya!Terkejut kami tengok Altantuya bergambar dengan seseorang.. Jeng jengjeng.. Korang jangan Terkejut.. Gambar ini di ambil semasa Altantuya DiMalaysia?



Tengok gambar paling last sekali, dia bergambar dengan siapa tu? diharap orang tersebut dapat memberi maklumat pasal pembunuhan Altantuya... 











 


CANTIK & MURAH TAPI BERACUN Murah, mudah didapati dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak terkenal sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya.....Klik Gambar utk Info Lanjut

KUALA LUMPUR - Murah, mudah didapati dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak terkenal sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya.
Kelebihannya yang kalis air juga menyebabkan tikar plastik berukuran antara satu meter kali dua meter atau empat meter kali lima meter yang dijual pada harga RM10 hingga RM45 sekeping sering menjadi pilihan kegunaan di rumah sebagai pengalas tempat duduk.
Mungkin terpesona dengan kecantikan pada tikar plastik berkenaan sehingga membuatkan pengguna terlupa risiko bahaya yang menanti mereka disebabkan kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.
Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak. 
Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan.
Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti sertap enyakit diabetes kepada kanak-kanak. 
Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.
Pakar Toksikologi PUsat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan. 
"Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras. 
"Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya. 
"Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik," katanya. 
Beliau berkata, satu lagi bahan yang bole hmengancam keselamatan pengguna ialah lukisan dan gambar pada tikar berkenaan kerana tidak mengetahui jenis pewarna yang digunakan sama ada berkualiti dan daripada jenis yang diluluskan oleh kementerian ataupun tidak.
"Tetapi, seperti yang kita ketahui kebanyakan pewarna yang digunakan adalah daripada jenis yang murah dan tidak selamat yang sudah tentu mendatangkan kesan penyakit kepada pengguna.
"Paling berisiko dengan bahaya ini ialah kanak-kanak kerana mereka adalah pengguna paling tinggi tikar itu yang dijadikan sebagai pengalas tempat duduk dan bermain," katanya. 
Dr Mustafa berkata, bahan berkenaan berkemungkinan besar meresap masuk ke dalam tubuh kanak-kanak menerusi liang rongga kulit tangan yang basah dan kulit paha serta lutut setelah bersentuhan terlalu lama pada tikar itu. 
"Kadang-kadang kanak-kanak tidak memakai baju dan hanya memakai lampin pakai buang ketika bermian di atas tikar berkenaan. Ini memudahkan bahan terbabit menyerap masuk ke dalam badan mereka. 
"Bahan-bahan itu mudah larut ke dalam lemak badan kerana sifat kulit manusia yang berminyak membolehkan ia menyerap masuk," katanya. - Akhbar Harian Metro 16 Ogos 2016


Isteri Aku hari-hari kerja malam..pelik juga aku..tak kan setiap minggu kena kerja shift malam..Suatu Hari Aku nekad untuk mengekorinya pergi kerja...Sampai di suatu kawasan perumahan aku lihat kereta isteriku memasuki kawasan parking sebuah banglo.. setelah 30 minit berlalu aku nekad untuk masuk kedalam rumah banglo tersebut... MAshaAllah apa yang terjadi ketika itu membuatkan aku..

Isteri Aku hari-hari kerja malam..pelik juga aku..tak kan setiap minggu kena kerja shift malam..Suatu Hari Aku nekad untuk mengekorinya pergi kerja...Sampai di suatu kawasan perumahan aku lihat kereta isteriku memasuki kawasan parking sebuah banglo.. setelah 30 minit berlalu aku nekad untuk masuk kedalam rumah banglo tersebut... MAshaAllah apa yang terjadi ketika itu membuatkan aku..
gadis gambar tetek sendiri

Saya terlanjur dengan bekas teman lelaki kerana kurang kasih sayang serta layanan suami. Hubungan kami tambah dingin sejak dua tahun lalu. Lebih dikesali, suami lebih senang melayan mesej lucah dengan wanita lain di laman sosial.

Akibatnya apabila bertemu kekasih lama, kami terlanjur. Lebih mencemaskan, saya tidak datang bulan dan bimbang mengandung.

Saya benar-benar buntu kerana masih sayangkan suami, tetapi saya tidak mahu menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.

Ketika ini saya rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap suami. Meskipun suami melayan wanita lain menerusi mesej lucah, saya tidak sepatutnya membalas kesilapannya dengan menjalin hubungan sulit.

YANTI
Tanah Merah, Kelantan

Hubungan suram serta dingin dalam perkahwinan menyebabkan puan terleka dengan godaan luar.

Disebabkan dahagakan kasih suami, puan sanggup mencari ruang persinggahan sehingga terlajak tanpa ada ruang berundur.

Biarpun puan mencipta 1,001 alasan atas kesilapan, hubungan orang ketiga masih menjadi kesalahan.

Baik puan serta suami, kedua-duanya ada masalah.

Puan serta suami tergamak ‘makan luar’ sedangkan nikmat halal terbentang luas di depan mata.

Jalan terbaik, puan dan suami perlu mencari kesepakatan mengenai situasi rumah tangga.

Mengenai kemungkinan mengandung, puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor.

Andai tidak benar, jalan untuk memperbaiki rumah tangga dipermudahkan dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya


Lelaki Wajib Tengok Nie...!!! Nauzubillah Min Zaliq...!!! (3 GAMBAR)


 KHAS BUAT ISTERI2
Wahai muslimat2 yg dimuliakan Allah swt,jika kamu sayangkan suamimu,tutup lah aurat dgn sempurna.
Jangan disebabkan kerana kamu suami, kamu terpaksa menanggung azab siksa di NERAKA kelak....
Wahai para suami, AURAT isterimu merupakan tanggungjawab kamu,didik dan bimbinglah mereka dgn sempurna....
INGAT!!!!
Suami yg takut atau tidak mahu menegur kesilapan dan kesalahan isteri adalah lelaki DAYUS.
Dan tempat seorang lelaki dayus ada lah di NERAKA jahanam...
Nauzubillah min zaliq....
p/s : kalau bab Agama tak ramai yang like & share, kalau bab artis laju je tekan like & share. Tapi rakan2 dalam page ni tak camtu kan? Nauzubillah....
Jika tiap wanita itu sedar akan dirinya seorang isteri yang tidak mahu suaminya keneraka. Segala perintah Allah juga akan dilaksanakan...
Begitu juga pada tiap semua suami...
Begitu juga semua umat islam yg telah disyariatkan segala hukum Allah dan perintah-perintah yg perlu dilaksanakan...
Tanya diri sendiri utk buat segala perintahNYA atau laranganNYA...
Kebahagiaan DISANA Bermula Harini...



10 Hukuman Mati Paling Kejam Di Dunia dan Di Malaysia Yang Telah Diharamkan. No.6 Paling Ngeri !

10 Hukuman Mati Paling Kejam Di Dunia dan Di Malaysia Yang Telah Diharamkan. No.6 Paling Ngeri !
1. Ditanam hidup-hidup
Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi. Seperti apa yang terdapat pada namanya, mangsa yang dijatuhui hukuman ini akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana kesesakan nafas.
2. Sarang ular
Kebiasaannya, mangsa akan dihumban masuk ke dalam perigi yang menjadi kediaman ratusan ekor ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan disebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi kerana bisa daripada ular-ular tersebut.
3. The Spanish Tickler
Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh mangsa sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak.
4. Menghiris lembayu
Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak.
5. Unggun api
Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir, Popular di Eropah pada abad ke-18.
6. Necklacing
Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.
7. Dipijak gajah
Hukuman mati yang popular di kawasan Selatan Asia dan Tenggara seperti di India dan Indochina. Mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan yang lapang dan kemudiannya, akan dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.
8. The Five Pains
Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong perlahan-lahan.
9. Colombian Necktie
Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti nama-nama hukuman mati yang lain, namun realitinya, hukuman yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan, Mangsa akan dikelar di bahagian leher dan lidah mangsa akan ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.
10. Gantung dan sembelih
Merupakan sebuah hukuman mati yang paling berat sekali di Britain yang kebiasaanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianat kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.
Saksikan video ngeri 10 hukuman ini di SINI


Pengakuan Gadis 18 Tahun 'Dipakai' Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah, dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.
Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.

Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.

Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.

Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.

Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.

Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.

“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.

“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.

“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.

“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.

Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.

Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.

“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.

“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.

Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.

Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.

Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.

Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.

Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.

Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.

Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.

Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.

“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.

Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.


Monday, August 15, 2016

Ya Allah ! 'Baru Aku Tahu Kenapa Pakwe Aku BERIA Suruh Aku Pakai Baju Kurung Pergi Bukit Tu !

# “Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni.saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri.
#Saya ni dulu memang bertudung.tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telanjang’.baju tu WAJIB sendat,ketat,melekat kalau tak memang saya tak keluar lah.seluar tu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada tu..bangga seh! Aset kot..Masa berjalan tu mendada sikit..bila ada lelaki pandang terasa macam retis pulak..jadi public figure.
Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan. Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelom masuk ke u..tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan2 yang semuanya free hair.Tiba2 saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang.Tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin..terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang..ALLAH tu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat..terus saya batal niat nak free hair..
loading...
#Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren.nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung.saya dengan tak fikir banyak terus setuju..haritu kawan baik (Nia bukan nama sebenar) saya tidur dirumah saya.saya bagitau Nia yang Aiman (bukan nama sebenar) ajak saya keluar p Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari).Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa.saya turutkan je tanpa banyak tanya sebab dah lewat.Lepas tu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh.Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit tu..bila balik ja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi.Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit tu..banyak couple kena tangkap basah kat sana..senang cerita orang gelar bukit tu sarang maksiat.tersentak saya dengar..apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yg Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan2..ALLAH tu MAHA MELINDUNGI..
#Dan klimaks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah.masa tu saya langsung tak rasa apa.memang tak rasa teruja atau apapon.terasa macam nak p melancong ja..hemm..saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti..cuma ikut ja apa yang ayah saya buat.setibanya saya kat Masjid Nabawi,tiba2 hati saya rasa lain..dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ni bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah..berapa ramai orang yg dah ada di masjid tu,tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)? Bertuahnya saya rasa masa tu..masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah
#Taman Raudhah,air mata terus mengalir..terasa diri ni kerdil dan hina sangat.ALLAHU..sampai sekarang masih terasa lagi perasaan tu..lepas tu saya jugak berpeluang untuk tengok sendiri payung2 gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka..ALLAH ALLAH..tergamam saya.tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung2 tu..berapa ramai orang yg dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung2 tu terbuka..alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk..ALLAH MAHA PENYAYANG..dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian..masa tu saya dah ada di Makkah al Mukarramah..saya nampak
# semua perempuan bertutup litup, berpurdah..saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah)..bila saya pakai ja timbul satu perasaan yang saya trasa bagai dilindungi..perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan.lepas tu pulak saya try pakai tudung labuh..handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi2 jalan kat sana..mulanya pakai atas alasan senang nak solat,tak payah pakai telekung dah.Then..lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing purdah..I fall in love in wearing loose jubah..I fall in love in wearing handsocks n socks..I fall in love in wearing tudung labuh..sangat2 suka..dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah..saya malu.saya menangis.saya rasa berdosa amat sangat.sanggup ‘jual tubuh’ kat orang ramai.kenyangkan nafsu lelaki2 yang bermata liar..ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi
#Malaysia,saya dah nekad yang saya nak berubah terus.sampai je kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yg tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa tu saya cuma tinggal baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad.esuk tu terus saya bagi kat sepupu2 saya yang muat pakai.ramai orang terkejut dengan prubahan saya.even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah,socks n handsocks setiap kali keluar.drastik sangat berubah, kata ayah.saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…
#Kalau korang especially yang free hair,atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba2 terasa di hati nak pakai tudung masatu,atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yg korang rasa,buat! Just do it..sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang.dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu jangan memperlekeh kaum hawa yang belom bertutup sempurna..sebab kita taktau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..” Sekian coretan dari saya.